ZXMOTO 500RR Siap Dipasang, Bakal Diedarkan Kepada Pelanggan Minggu Ini

Mohd Osman

Penantian peminat ZXMOTO 500RR di Malaysia kini semakin hampir ke penghujung apabila Mforce Bike Holdings Sdn Bhd dilaporkan telah menyiapkan pemasangan unit pertama model berkenaan di Malaysia.

Selepas dilancarkan dan menerima sambutan menggalakkan daripada peminat motosikal tempatan, ZXMOTO 500RR kini berada pada peringkat akhir sebelum proses pengedaran kepada rangkaian pengedar sah ZXMOTO di seluruh negara.

Kumpulan pertama unit 500RR dijangka mula diedarkan pada minggu ini secara berperingkat, sekali gus membolehkan pelanggan yang telah membuat tempahan menerima motosikal masing-masing dalam masa terdekat.

Pelanggan yang telah membuat tempahan boleh menghubungi pengedar sah ZXMOTO masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan status tempahan, ketibaan unit dan proses penyerahan motosikal.

Dalam perkembangan sama, ZXMOTO Malaysia turut mengesahkan bahawa kumpulan pertama bagi dua lagi model iaitu ZXMOTO 500F dan ZXMOTO 820RR dijangka mula berada di pasaran Malaysia pada penghujung Oktober ini.

Dengan ketibaan 500RR, diikuti 500F dan 820RR, ZXMOTO bakal memperluaskan lagi penawaran modelnya di pasaran tempatan selepas menerima perhatian yang semakin meningkat sejak diperkenalkan oleh Mforce.

Kini, pemilik pertama ZXMOTO 500RR hanya perlu menantikan proses penghantaran sebelum motosikal masing-masing mula berada di jalan raya Malaysia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives