
Pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia bakal menyaksikan satu lagi cabaran menarik apabila jentera Modenas Z15GT kembali turun beraksi dalam kelas Pro-Am, kali ini dalam suasana perlumbaan yang berbeza di bawah sinaran lampu litar LYL.
Selepas melalui lima pusingan sebelum ini, pusingan kali ini bakal menjadi ujian baharu buat semua pasukan apabila perlumbaan berlangsung pada waktu malam dengan suhu litar yang jauh lebih sejuk berbanding sesi perlumbaan pada waktu siang.
Keadaan tersebut secara tidak langsung membuka ruang kepada setiap pasukan untuk mencari kelebihan masing-masing, memandangkan tiada pasukan yang mempunyai data perlumbaan sebenar dalam keadaan sebegini.
Bagi Modenas Z15GT, situasi ini pastinya menjadi peluang untuk jentera tersebut menunjukkan potensinya apabila berdepan dengan karakter litar dan keadaan perlumbaan yang berbeza.
Dengan tetapan jentera, pilihan tayar serta strategi yang perlu disesuaikan mengikut perubahan suhu, pasukan perlu bergerak pantas dalam mencari setup terbaik sepanjang sesi latihan dan kelayakan.
Pusingan keenam juga semakin penting apabila musim kini memasuki fasa akhir. Setiap mata dan kedudukan di atas litar mampu memberikan perbezaan dalam perebutan kejuaraan kelas Pro-Am.
Mampukah Modenas Z15GT menunjukkan belangnya di bawah sinaran lampu LYL?
Jawapannya bakal diketahui apabila perlumbaan bermula minggu ini.
Teruskan Bersama TW Media!





