Public Bank & iCAUR Berganding Bahu Perluas Akses Pemilikan EV Di Malaysia

Public Bank dan iCAUR menjalinkan kerjasama strategik bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kenderaan elektrik (EV), sekali gus menyokong peralihan negara ke arah mobiliti yang lebih hijau dan mampan.

Kerjasama ini digerakkan menerusi kempen eksklusif Public Bank, “Go Green with Green Vehicle Financing – Paint the Town Green”, yang menawarkan manfaat pembiayaan kepada pelanggan yang layak untuk menjadikan pemilikan kenderaan hijau lebih mudah diakses.

Kerjasama tersebut hadir ketika pasaran EV Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif. Jualan EV bagi separuh pertama 2026 meningkat lebih dua kali ganda, iaitu 106 peratus tahun ke tahun daripada 12,733 unit kepada 26,192 unit.

Malah, Malaysian Automotive Association (MAA) turut menaikkan unjuran jualan kenderaan xEV, merangkumi PHEV, HEV dan BEV, kepada 120,000 unit, atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri.

Sebagai jenama kenderaan tenaga baharu di bawah Chery Group, iCAUR dilihat mempunyai peranan dalam pertumbuhan segmen tersebut menerusi rangkaian SUV elektriknya termasuk iCAUR 03 dan iCAUR V23.

Kedua-dua model mengetengahkan mobiliti elektrik bersama reka bentuk berkotak yang diinspirasikan daripada gaya retro, selari dengan pendekatan iCAUR untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih berani, bergaya dan menyeronokkan.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Tay Ah Lek, Managing Director dan Chief Executive Officer Public Bank, kerjasama bersama iCAUR itu mencerminkan komitmen bank untuk menyokong peningkatan penggunaan EV di Malaysia.

“Public Bank berbesar hati untuk bekerjasama dengan iCAUR bagi menyokong peningkatan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Ketika rakyat Malaysia semakin menerima penyelesaian mobiliti yang lebih hijau, kami kekal komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses menerusi penyelesaian pembiayaan yang memenuhi keperluan pelanggan yang terus berkembang.”

Sementara itu, Mr. Men Lin Bo, Executive Vice President Chery Corporate Malaysia, berkata iCAUR percaya mobiliti elektrik seharusnya hadir dalam bentuk yang lebih berani, bergaya dan menyeronokkan.

“Di iCAUR, kami percaya mobiliti elektrik seharusnya berani, bergaya dan menyeronokkan. Menerusi falsafah ‘Born to Play’, model seperti iCAUR 03 dan V23 mencerminkan identiti pemandu moden.”

Menerusi kempen “Go Green with Green Vehicle Financing – Paint the Town Green”, pelanggan yang layak boleh menikmati manfaat pembiayaan eksklusif apabila mendapatkan pembiayaan Public Bank bagi kenderaan hijau terpilih.

Kerjasama ini turut memperkukuhkan usaha Public Bank dalam menyokong peralihan hijau Malaysia melalui pembiayaan mampan serta menggalakkan penggunaan dan mobiliti yang lebih bertanggungjawab.

Dengan landskap automotif Malaysia yang terus berubah, Public Bank dan iCAUR menyasarkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat beralih kepada mobiliti yang lebih hijau, di samping menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives