
Ujian tertutup Pirelli di Red Bull Ring, Austria semalam menyaksikan beberapa pengeluar MotoGP turun menguji prototaip jentera 850cc sebagai persediaan menghadapi perubahan regulasi musim 2027.
Diogo Moreira muncul sebagai pelumba terpantas dengan jentera Honda, mencatatkan masa tidak rasmi sekitar 1:28.4, diikuti Fermin Aldeguer bersama Ducati dengan 1:28.7.
Pedro Acosta pula membawa KTM di bawah catatan 1:29, manakala Marco Bezzecchi dan Johann Zarco masing-masing mencatatkan sekitar 1:29.1.
Yamaha masih kelihatan belum menemui rentak terbaik apabila Jack Miller dan Toprak Razgatlioglu masing-masing mencatatkan sekitar 1:30.5.
Bagaimanapun, catatan masa ini perlu dilihat dengan berhati-hati kerana ujian berlangsung secara tertutup dan tiada transponder digunakan. Menurut GPOne, Pirelli turut membawa pelbagai pilihan kompaun tayar iaitu soft, medium dan hard untuk tayar hadapan serta belakang.
Justeru, kita masih belum dapat memastikan kompaun tayar yang digunakan oleh setiap pelumba ketika mereka mencatatkan masa terbaik.
Marc Marquez pula hanya melakukan beberapa lap sahaja dalam sesi tersebut.
Sementara itu, Izan Guevara menguji jentera Yamaha 1000cc bagi mendapatkan feeling dengan jentera yang bakal digunakannya apabila beraksi di kelas MotoGP musim depan.
Kemunculan Maverick Vinales turut mendapat perhatian apabila pelumba Sepanyol itu kembali menguji jentera KTM. Beliau turut menguji jentera 1000cc selain prototaip 850cc dalam sesi berkenaan. Ini sekaligus menutup persepsi bahawa Maverick kini telah dipecat KTM. Beliau masih disana berkhidmat untuk KTM.
Berikut merupakan catatan masa tidak rasmi yang dilaporkan oleh GPOne.
TEST AUSTRIA 850cc — CATATAN TIDAK RASMI
- Diogo Moreira — Honda — 1:28.4xx
- Fermin Aldeguer — Ducati — 1:28.7xx
- Pedro Acosta — KTM — 1:28.9xx
- Marco Bezzecchi — Aprilia — 1:29.1xx
- Johann Zarco — Honda — 1:29.1xx
- Maverick Viñales — KTM — 1:29.2xx (1000cc)
- Franco Morbidelli — Ducati — 1:29.4xx
- Raul Fernandez — Aprilia — 1:29.4xx
- Marc Marquez — Ducati — 1:29.5xx
- Senna Agius — KTM — 1:29.6xx (1000cc)
- Takaaki Nakagami — Honda — 1:29.7xx (1000cc)
- Brad Binder — KTM — 1:29.9xx (1000cc)
- Maverick Viñales — KTM — 1:29.9xx (850cc)
- Pol Espargaro — KTM — 1:29.9xx
- Toprak Razgatlioglu — Yamaha — 1:30.0xx
- Jack Miller — Yamaha — 1:30.5xx
- Izan Guevara — Yamaha — 1:30.5xx (1000cc)
- Augusto Fernandez — Yamaha — 1:31.3xx
- Lorenzo Savadori — Aprilia — 1:31.5xx
Nota: Ini ialah catatan masa tidak rasmi daripada ujian Pirelli tertutup di Red Bull Ring. Ada rider yang menggunakan 850cc dan ada yang menggunakan 1000cc yang diubah suai, jadi ranking keseluruhan ini bukan perbandingan terus 850cc sahaja.
