
SEPANG – Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan Grab Malaysia memainkan peranan penting dalam mengurus pergerakan peminat menerusi operasi pengangkutan berskala besar sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Selepas sembilan tahun tanpa perlumbaan F1 di Sepang, Grab Malaysia menggabungkan teknologi, operasi bas ulang-alik dan sokongan rakan-pemandu bagi membantu memastikan pergerakan penonton antara kawasan parkir, lapangan terbang dan litar berjalan dengan lebih teratur.
Enam Usaha Grab Malaysia Sepanjang F1 di Sepang
1. GrabMaps Dikemas Kini untuk Pergerakan Lebih Lancar
Pasukan kejuruteraan dan pemetaan Grab mengemas kini GrabMaps dengan lokasi turun penumpang, zon pengambilan khusus serta laluan yang dioptimumkan. Langkah ini membantu penumpang mengenal pasti lokasi yang sesuai, selain memberikan panduan lebih jelas kepada rakan-pemandu.
2. PIN & RIDE Mudahkan Urusan Pengambilan Penumpang
Grab turut memperkenalkan sistem PIN & RIDE bagi mengurus barisan penumpang dan memadankan mereka dengan pemandu yang tersedia.
Melalui sistem ini, penumpang hanya perlu memberikan kod empat digit daripada aplikasi kepada rakan-pemandu, sekali gus mengurangkan keperluan mencari kenderaan secara individu dalam kawasan pengambilan yang sesak.
3. Sebanyak 50 Bas Ulang-Alik Bergerak Sejauh 39,000km

Sepanjang tiga hari acara, sebanyak 50 bas ulang-alik beroperasi dari jam 7 pagi Jumaat hingga selepas tengah malam Ahad, menghubungkan kawasan parkir jangka panjang (LTCP) dengan SIC.
Keseluruhan operasi bas merekodkan perjalanan sejauh 39,000km dan membantu membawa lebih 50,000 peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan.
4. Petugas Grab Membantu Mengurus Pergerakan Peminat
Selain pengangkutan, petugas Grab turut membantu mengatur barisan, memberikan panduan perjalanan pulang dan memastikan proses menaiki bas berjalan lancar.
Ketika hujan melanda Sepang, petugas berkenaan turut membentuk laluan menggunakan payung bagi melindungi peminat ketika mereka berjalan menuju ke bas.
5. Lebih 30,000 Botol Air Diagihkan

Dengan sokongan Jaya Grocer, Grab mengagihkan lebih 30,000 botol air kepada peminat sepanjang tiga hari acara, bersamaan kira-kira 9,000 liter air.
Inisiatif ini membantu memastikan pengunjung mempunyai akses kepada air minuman ketika berada di kawasan litar dan menunggu pengangkutan.
6. Lebih 20,000 Rakan-Pemandu Menyelesaikan 84,000 Perjalanan

Operasi Grab turut disokong lebih 20,000 rakan-pemandu yang berkhidmat di kawasan sekitar Sepang dan lapangan terbang sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Secara keseluruhan, sebanyak 84,000 perjalanan direkodkan, menghubungkan penumpang antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hab transit dan kawasan sekitar litar.
Teknologi dan Operasi Jadi Pelengkap Acara Permotoran
Pengalaman sepanjang F1 di Sepang memperlihatkan bahawa pengurusan pengangkutan merupakan antara aspek penting dalam menjayakan acara sukan permotoran berskala besar.
Bagi Grab Malaysia, gabungan sistem pemetaan, PIN & RIDE, operasi bas dan sokongan rakan-pemandu membantu mengurus keperluan perjalanan puluhan ribu peminat sepanjang acara berlangsung.
Grab Malaysia turut menghargai kerjasama ribuan rakyat Malaysia yang terlibat dalam operasi berkenaan, sekali gus membantu memberikan pengalaman layanan mesra kepada pengunjung.

Teruskan Bersama Four Wheels..!
