
SHAH ALAM, 11 Oktober 2026 – Aveta Malaysia terus memperluas rangkaian pengedar rasminya menerusi pembukaan G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor, sekali gus memperkukuh kemudahan jualan dan sokongan selepas jualan kepada pelanggan.
Pusat baharu ini menawarkan kemudahan pameran motosikal, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung, membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai keperluan pemilikan motosikal Aveta dengan lebih mudah.
Aveta Nova 250 G Elite Edition Terhad 128 Unit
Antara tarikan utama majlis pembukaan tersebut ialah pengenalan Aveta Nova 250 G Elite Edition, model edisi eksklusif yang hanya ditawarkan menerusi G Elite Motor dengan pengeluaran terhad sebanyak 128 unit.
Edisi khas ini menampilkan skema warna eksklusif, grafik unik serta nombor siri individu yang membezakannya daripada model Nova 250 standard.
Aveta Nova 250 G Elite Edition ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Penawaran ini menjadi sebahagian daripada kerjasama antara Aveta Malaysia dan G Elite Motor dalam menyediakan pilihan eksklusif kepada pelanggan.
Perkukuh Rangkaian Selepas Jualan
Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, pembukaan setiap Aveta Elite Centre merupakan langkah penting untuk mendekatkan jenama itu kepada pelanggan, selain memastikan penunggang mendapat akses kepada perkhidmatan dan sokongan sepanjang tempoh pemilikan motosikal.
Beliau turut menyambut baik pembukaan G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, yang diserikan dengan pengenalan Nova 250 G Elite Edition sebagai tawaran eksklusif sempena pencapaian tersebut.
Selain memperluas rangkaian pusat jualan, Aveta Malaysia turut memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem selepas jualan menerusi rangkaian pengedar sah, pusat servis dan stokis yang semakin berkembang di seluruh negara.
Inisiatif seperti Aveta Care on Wheels turut menyokong usaha jenama itu untuk meningkatkan kemudahan kepada pemilik motosikal serta memberikan pengalaman pemilikan yang lebih meyakinkan.
Pembukaan G Elite Motor – Aveta Elite Centre mencerminkan komitmen berterusan Aveta Malaysia untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang mudah diakses, boleh dipercayai dan berbaloi kepada rakyat Malaysia, selari dengan aspirasi jenama itu menerusi slogan “Redefining Boundaries”.
Tunggang dengan Selamat. Tunggang dengan Bangga. Aveta Terus Kekal Bersama Anda.
Teruskan Bersama Two Wheels..!









