CF Moto terus kukuh bekerjasama dengan Akrapovic demi V4 SR-RR

Wandi

CFMOTO semakin serius membangunkan jentera berprestasi tinggi apabila bekerjasama dengan Akrapovic untuk menghasilkan sistem ekzos khas bagi prototaip superbike V4 SR-RR.

Sejak diperkenalkan di EICMA 2025, jentera ini menerima reaksi positif daripada peminat motosikal berkuasa tinggi. Reka bentuk agresif, enjin V4 997cc dengan kuasa melebihi 210 hp serta teknologi aerodinamik aktif menjadikan V4 SR-RR antara jentera yang mencuri perhatian pada pameran tersebut.

Keseriusan CFMOTO turut ditunjukkan melalui sesi ujian litar yang memberi peluang kepada pelumba kejuaraan dunia Moto2 dan Moto3 untuk menunggang prototaip ini. Antaranya David Alonso, Daniel Holgado dan Maximo Quiles. Pengalaman mereka digunakan untuk memberikan maklum balas kepada pasukan pembangunan CFMOTO bagi membantu jurutera memperhalusi aspek pengendalian, elektronik dan prestasi keseluruhan jentera.

Pemilihan Akrapovic juga bukan tanpa sebab. Pengeluar sistem ekzos dari Slovenia itu mempunyai reputasi kukuh dalam sukan permotoran antarabangsa, dengan produknya digunakan oleh pelbagai pasukan dan pelumba dalam kejuaraan seperti MotoGP, WorldSBK, Moto2 dan Moto3. Rekod kejayaan dalam perlumbaan menjadikan Akrapovic antara nama penting dalam pembangunan sistem ekzos berprestasi tinggi.

Bagi CFMOTO, pembangunan V4 SR-RR ini memperlihatkan cita-cita untuk mencabar pengeluar superbike mapan menerusi teknologi, ujian sebenar di litar dan kerjasama dengan pakar industri. Kini, tumpuan terarah kepada sejauh mana hasil pembangunan tersebut mampu diterjemahkan kepada sebuah superbike produksi yang kompetitif.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives