Qabil Irfan Terpaksa Lupakan Red Bull MotoGP Rookies Cup

Wandi

Qabil Irfan, antara pelumba pelapis paling sensasi negara, baru-baru ini menerima panggilan untuk menyertai sesi pemilihan Red Bull MotoGP Rookies Cup, sebuah platform pembangunan bakat berprestij yang menjadi antara laluan penting menuju ke Kejohanan Dunia MotoGP.

Bagaimanapun, peluang tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Qabil masih bergelut dengan kecederaan yang dialaminya. Beliau kini berada dalam fasa pemulihan dan berehat bagi memastikan kakinya kembali pulih sepenuhnya sebelum mampu mengendalikan jentera lumba pada tahap terbaik.

Berdasarkan penjelasan Zulfahmi Khairuddin, Qabil juga disarankan untuk membina profil yang lebih kukuh menerusi rekod kemenangan dalam Kejohanan Moto4 Asia. Pencapaian tersebut mampu menjadi nilai tambah dalam usaha meningkatkan peluangnya untuk dipilih ke program pembangunan berprestij itu.

Potensi Qabil sememangnya tidak boleh dipandang ringan. Beliau telah membuktikan kemampuan di pentas dunia Motomini sebelum meneruskan pencapaian di peringkat Eropah dalam program pembangunan bakat. Pengalaman dan kejayaan tersebut menjadi asas kukuh untuk beliau melangkah lebih jauh.

Buat masa ini, keutamaan Qabil adalah kembali pulih sepenuhnya. Semoga proses pemulihannya berjalan lancar agar beliau dapat kembali berlumba, memburu kemenangan di Moto4 Asia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai antara prospek terbaik Malaysia untuk menembusi pentas dunia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives