Massimo Rivola bebaskan pelumba mereka terus bersaing

Wandi

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola, menegaskan kem Aprilia tidak akan melaksanakan arahan pasukan (team orders) selagi Jorge Martin dan Marco Bezzecchi masih mempunyai peluang matematik untuk merebut kejuaraan dunia MotoGP 2026.

Menurut Rivola, kesemua pelumba berhak bersaing secara terbuka untuk kemenangan masing-masing selagi peluang memburu gelaran dunia masih wujud. Aprilia mahu mengekalkan kebebasan pelumba untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka di litar tanpa perlu mengutamakan salah seorang daripada mereka.

Pendirian ini memperlihatkan keyakinan Aprilia terhadap kesemua pelumbanya, meskipun persaingan sesama sendiri berpotensi menyebabkan mereka kehilangan mata penting dalam perebutan kejuaraan seperti yang terjadi di Indonesia semalam.

Rivola turut berharap persaingan tersebut berterusan sehingga perlumbaan terakhir musim ini. Bagaimanapun, pendirian itu masih bergantung pada kedudukan kejuaraan kerana situasi boleh berubah apabila peluang matematik salah seorang pelumba tertutup.

Buat masa ini, Aprilia memilih untuk membiarkan mereka menentukan nasib sendiri di litar, tanpa campur tangan strategi pasukan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives