Perodua Sumbang Sembilan Kenderaan Kepada Dua IPD di Selangor

RAWANG, 13 Oktober 2026 – Perodua menyumbang sembilan unit kenderaan kepada dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), iaitu IPD Hulu Selangor dan IPD KLIA, sebagai tanda sokongan terhadap usaha penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan di Selangor.

Sumbangan menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perodua itu merangkumi tujuh unit Perodua Ativa dan dua unit Perodua Aruz bagi membantu melancarkan operasi serta tugas harian pihak polis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, berkata pihaknya menghargai peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha pihak polis untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Penyerahan kenderaan dilaksanakan secara berperingkat sejak April lalu, dengan tiga unit Perodua Ativa diserahkan kepada IPD Hulu Selangor. Baki enam unit lagi diserahkan dalam satu majlis di Kuala Kubu Bharu pada 12 Oktober 2026.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, yang menerima replika kunci daripada Dato’ Sri Zainal sebagai simbolik kerjasama antara kedua-dua pihak.

Perodua telah menjalin kerjasama rapat dengan pihak polis, khususnya di Selangor. Sejak 2019, syarikat automotif tempatan itu telah menyumbang sebanyak 21 unit kenderaan kepada beberapa IPD di negeri berkenaan.

Selain sumbangan terbaharu ini, Perodua turut menyumbang dua unit Perodua Bezza pada 2019, empat unit Perodua Myvi pada 2022 serta enam unit kenderaan pelbagai model pada 2024.

Sumbangan berterusan ini mencerminkan komitmen Perodua dalam menyokong pihak berkuasa menerusi inisiatif CSR, sekali gus membantu memperkukuh usaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives