Bukan Sekadar Aksi di Litar, F1 Bawa Pulangan Ekonomi RM950 Juta

Kimi

Kembalinya Formula 1 ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dianggarkan menjana impak ekonomi sebanyak RM950 juta, menurut angka yang dipetik oleh Kementerian Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufik Johari.

Grand Prix Bahrain yang berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang menarik kira-kira 261,000 penonton sepanjang hujung minggu perlumbaan termasuk dianggarkan 103,000 penonton pada hari perlumbaan.

Lebih 97,000 tiket telah terjual manakala lebih 50,000 pelancong antarabangsa dilaporkan datang ke Malaysia bagi menyaksikan acara tersebut. Kehadiran mereka turut menyumbang kepada sektor ekonomi seperti pelancongan, perhotelan dan penerbangan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum menentukan sama ada penganjuran perlumbaan itu berbaloi dari sudut kewangan. Penilaian kos dan manfaat masih dijalankan bagi membantu menentukan sama ada Malaysia wajar mempertimbangkan untuk menjadi tuan rumah Formula 1 sekali lagi pada masa hadapan.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives