
Jorge Martin hampir mencipta kemenangan besar di Misano apabila dia berjaya memintas Marc Marquez dan mula mengawal perlumbaan dengan rentak yang cukup meyakinkan.
Walau bagaimanapum, masalah pada lengan kanannya semakin teruk apabila perlumbaan memasuki separuh kedua. Martin mula menghadapi kesukaran ketika membrek sebelum masalah itu merebak kepada kawalan throttle. Setiap lap menjadi semakin sukar sehingga akhirnya dia tidak lagi mampu mengawal jentera dengan baik.
Lebih menyedihkan, Martin bukan asing dengan masalah ini. Dia pernah menjalani pembedahan akibat compartment syndrome pada 2018. Selepas bertahun-tahun bebas daripada masalah tersebut, ia kembali menghantuinya tepat ketika dia sedang memburu kemenangan.
Martin mengakui dia sebenarnya mampu menang semalam.
Kini dia perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan sama ada pembedahan sekali lagi diperlukan. Dalam perebutan kejuaraan dunia, masa amat berharga.
Teruskan bersama Two Wheels…!!!
