
ZXMOTO Bakal Perkenal Jentera 1000cc Pada 2027, Sasar WorldSBK 2028
ZXMOTO nampaknya mempunyai perancangan lebih besar dalam dunia perlumbaan motosikal apabila pengasasnya, Zhang Xue, berkongsi mengenai rancangan untuk menghasilkan jentera berkapasiti 1,000cc pada tahun 2027. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zhang Xue ketika berada di Kuala Lumpur sempena pelancaran rasmi ZXMOTO di Malaysia. Menurut Zhang Xue, pembangunan jentera 1,000cc tersebut



