Perfect Weekend Pertama Dalam Karier Jeremy Alcoba Di WSSP

Jeremy Alcoba mencipta sejarah peribadi apabila melengkapkan perfect weekend pertamanya dalam karier WorldSSP di Litar Cremona, Itali.

Pelumba Kawasaki itu memulakan hujung minggu dengan penuh bergaya apabila meraih pole position sambil mencipta rekod baharu litar. Prestasi itu kemudian diteruskan dalam perlumbaan apabila Alcoba memenangi Race 1.

Tidak berhenti di situ, Alcoba sekali lagi menunjukkan prestasi terbaik dalam Race 2 untuk melengkapkan kemenangan berganda pada hujung minggu ini.

Dengan pole position, rekod baharu litar serta kemenangan dalam kedua dua perlumbaan, Alcoba akhirnya menikmati perfect weekend pertama sejak menyertai WorldSSP.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives