Kiandra Ramadhipa Raih Podium Lagi Di Moto3 Junior.

Kiandra Ramadhipa sekali lagi membuktikan dirinya mampu bersaing di kelompok hadapan Moto3 Junior apabila berjaya menamatkan Race 1 di MotorLand Aragon pada tempat kedua.

Pelumba Honda Asia-Dream Racing Junior Team itu bermula dari P5 sebelum terus memperbaiki kedudukan sebaik perlumbaan bermula. Ramadhipa kemudian terlibat dalam persaingan sengit untuk podium dan beberapa kali berada dalam kelompok pendahulu.

Pada penghujung perlumbaan, Ramadhipa memberikan tekanan hebat kepada Carlos Cano, namun pelumba CFMoto Aspar Junior Team itu akhirnya berjaya mempertahankan kemenangan.

Jarak antara mereka ketika melintasi garisan penamat amat kecil, hanya 0.037 saat. P3 pula menjadi milik Giulio Pugliese, dengan empat pelumba teratas hanya dipisahkan 0.179 saat.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives