Bukan ‘latest’ GP23 buat Marc?
Ducati antara kem yang mempunyai paling banyak jentera di kejohanan MotoGP iaitu 8 buah memandangkan ia dibela oleh 4 pasukan. 3 pasukan satelit mereka ialah Pramac Racing, Gresini Racing dan VR46. Antara tiga pasukan satelit ini hanya Pramac Racing sahaja yang turut mendapat jentera yang 100% sama dengan pasukan kilang.