Marc Pegang Rekod Menang Terbanyak Di Motegi Jepun.

Wandi

Marc Marquez kini bergelar “Master of Motegi” selepas menakluki Grand Prix Jepun 2026 untuk kali keempat dalam kariernya di kelas premier.

Kemenangan terbaharu itu membawa Marc mengatasi rekod tiga kemenangan yang sebelum ini dikongsi bersama oleh Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo dan Loris Capirossi. Tiada pelumba lain yang pernah memenangi perlumbaan MotoGP di Motegi sebanyak empat kali.

Marc sebelum ini mencatat kemenangan di litar Jepun itu pada 2016, 2018 dan 2019. Selepas tujuh tahun, dia kembali ke tangga teratas pada 2026 dan sekali lagi membuktikan kehebatannya di salah satu litar yang paling sinonim dengan sejarah MotoGP.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives