Honda ADV160 Edisi Trico Dilancarkan, Harga RM14,149

BATU KAWAN, 8 Oktober 2026 – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, menampilkan kombinasi warna merah, putih dan biru yang diinspirasikan daripada legasi perlumbaan Honda.

Warna Trico ini melengkapkan identiti sporty skuter adventure tersebut, selain menyertai pilihan warna Matte Grey dan Brown yang ditawarkan sebelum ini bagi Honda ADV160 dengan Honda RoadSync.

Menurut Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, warna Trico melambangkan warisan perlumbaan Honda serta komitmen syarikat dalam menawarkan motosikal yang membanggakan pemiliknya.

Spesifikasi Honda ADV160 Trico Edition

Dari segi spesifikasi, Honda ADV160 Trico Edition mengekalkan kelengkapan sedia ada, termasuk enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+), paparan meter TFT lima inci dengan sambungan telefon pintar melalui Honda RoadSync, Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem brek Anti-lock Braking System (ABS) dan Smart Key System.

Skuter ini turut dilengkapi ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter. Model berkenaan juga mengekalkan pensijilan keselamatan lima bintang MyMAP serta pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Harga Honda ADV160 Trico Edition

Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM14,149, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Setiap pembelian turut disertakan fon telinga JBL dan balaclava Motowolf, tertakluk kepada stok yang masih tersedia.

Berikut ialah senarai harga bagi rangkaian Honda ADV160 (Tidak Termasuk Insurans dan Cukai Jalan):

  • Honda ADV160 Standard (White dan Grey): RM13,249
  • Honda ADV160 dengan Honda RoadSync (Matte Grey dan Brown): RM13,649
  • Honda ADV160 Spider-Man Edition: RM14,149
  • Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync: RM14,149

Mula Dijual 9 Oktober 2026

Honda ADV160 Trico Edition boleh didapati di pengedar sah Honda Impian X di seluruh negara mulai 9 Oktober 2026. Model ini hadir dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, mengikut mana-mana yang terdahulu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Boon Siew Honda di boonsiewhonda.com.my.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives