Aprilia Belum Pernah Menang Di Mandalika Tapi Hakikatnya Kompetatif

Wandi

Aprilia belum pernah meraih kemenangan dalam perlumbaan MotoGP di Mandalika, namun rekod itu bukan gambaran sebenar terhadap kemampuan jentera RS-GP di litar tersebut.

Musim lalu, Marco Bezzecchi sudah membuktikan bahawa Aprilia mempunyai pakej yang cukup kompetitif untuk bersaing di barisan hadapan. Pelumba Itali itu meraih pole position sebelum menampilkan prestasi lebih meyakinkan dalam Sprint Race dengan memenangi perlumbaan tersebut.

Kemenangan Sprint itu menjadi bukti bahawa Aprilia bukan sekadar mempunyai kelajuan satu lap. RS-GP mampu memberikan prestasi yang kompetitif dalam perlumbaan dan membawa Bezzecchi menewaskan pencabar sehingga ke penghujung perlumbaan.

Peluang untuk Aprilia mengejar kemenangan GP bagaimanapun terhenti terlalu awal apabila Bezzecchi terlibat dalam kemalangan pada lap pertama perlumbaan utama. Dia tidak berpeluang menunjukkan sama ada kelajuan yang dimilikinya sepanjang hujung minggu mampu diterjemahkan kepada kemenangan GP.

Maka, Mandalika 2025 lebih tepat dilihat sebagai peluang yang terlepas, bukannya bukti bahawa Aprilia tidak kompetitif di Indonesia.

Kini Aprilia kembali dengan satu perkara yang sudah jelas. Mereka sudah tahu bahawa jentera RS-GP mempunyai kemampuan untuk menjadi penentu di Mandalika. Apa yang masih belum lengkap ialah kemenangan dalam perlumbaan utama.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives