5 Sebab Jorge Martin Ialah Calon Teratas Untuk Menang Di Mandalika

Wandi

Jorge Martin hadir ke Mandalika dengan pakej yang sangat lengkap untuk memburu kemenangan buat kali kedua dan sekaligus akan menjadi pelumba pertama dunia yang menang di litar ini, lebih daripada sekali.

Bukan hanya bergantung kepada prestasi semasa, tetapi turut disokong rekod peribadi dan keserasian jentera Aprilia dengan litar tersebut.

1. Rekod Martin di Mandalika sangat kuat

Martin sudah membuktikan kemampuannya di Mandalika. Dia pernah memenangi GP Indonesia 2024 dan sebelum itu turut menunjukkan kelajuan luar biasa di litar ini.

2. Martin sangat serasi dengan karakter Mandalika

Litar Mandalika memerlukan kombinasi kelajuan, ketepatan ketika memasuki selekoh dan keberanian untuk menekan. Karakter tunggangan Martin sangat sesuai dengan tuntutan tersebut dan rekodnya menjadi bukti paling jelas.

3. Aprilia sudah terbukti kompetitif di Mandalika

Aprilia bukan sekadar mempunyai sejarah prestasi baik di Mandalika. Marco Bezzecchi turut menunjukkan kemampuan RS-GP di litar ini manakala Maverick Vinales pernah memenangi Sprint di Mandalika pada 2023.

4. Prestasi Aprilia musim ini lebih kuat

Aprilia 2026 kelihatan jauh lebih kompetitif berbanding musim lalu. Prestasi keseluruhan pasukan juga menunjukkan peningkatan besar dengan beberapa keputusan kemenangan dan podium yang meletakkan jentera Noale sebagai pencabar utama di kelompok hadapan.

5. Martin sudah benar-benar serasi dengan RS-GP

Ini mungkin bukti paling kukuh. Martin bukan lagi sekadar sedang menyesuaikan diri dengan Aprilia. Pada musim 2026, dia sudah merekodkan 1 kemenangan Grand Prix, 8 podium dan 4 pole position bersama RS-GP selepas 16 perlumbaan. Angka ini menunjukkan Martin sudah mampu mendapatkan prestasi maksimum daripada jentera Aprilia, termasuk dalam kelayakan dan perlumbaan.

Gabungan rekod Martin di Mandalika, keserasian dengan karakter litar serta pencapaian yang sudah dicapainya bersama Aprilia menjadikan pakej kali ini sangat lengkap.

Atas kertas, Jorge Martin mempunyai hampir semua faktor yang diperlukan untuk memburu kemenangan di Mandalika.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives