Yamaha XMAX 300 Tech MAX: 200 Pemilik Pertama Terima Motosikal Serentak Seluruh Malaysia

Perjalanan Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia kini rasmi bermula apabila seramai 200 pemilik pertama menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara.

Program sehari yang dianjurkan menerusi rangkaian pengedar sah Yamaha Big Bike itu menjadi satu detik istimewa buat Yamaha Malaysia apabila 200 unit pertama XMAX 300 Tech MAX diserahkan kepada pemilik baharu.

Model premium dalam keluarga XMAX tersebut hadir dengan gabungan prestasi, gaya premium, keselesaan serta praktikaliti bagi memenuhi keperluan penunggang yang mahukan sebuah skuter maksi untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.

Dikuasakan Enjin 292cc

Yamaha XMAX 300 Tech MAX dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC berkapasiti 292cc, sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 20.6 kW pada 7,250 rpm serta tork maksimum 28.9 Nm pada 5,750 rpm.

Bagi aspek keselamatan dan kawalan, model ini turut dilengkapi beberapa sistem bantuan penunggang termasuk Traction Control System (TCS), Anti-lock Braking System (ABS) serta Emergency Stop Signal (ESS).

Gabungan ciri tersebut memberikan kawalan dan keyakinan tambahan kepada penunggang, khususnya ketika berdepan dengan pelbagai keadaan tunggangan.

Fokus Kepada Keselesaan

Selain prestasi, XMAX 300 Tech MAX turut menampilkan ciri yang memberi penekanan kepada keselesaan untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Antaranya ialah ergonomik yang dipertingkatkan, tempat duduk dengan kemasan gaya kulit premium serta ruang papan kaki yang luas bersama plat kaki aluminium.

Reka bentuk tersebut membolehkan penunggang mendapatkan posisi tunggangan yang lebih santai, selain memberikan fleksibiliti untuk mengubah posisi badan ketika menunggang.

Ia juga membantu mengurangkan keletihan, terutama ketika digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh.

Dari segi penampilan pula, identiti Tech MAX memberikan XMAX 300 sentuhan lebih premium dan sofistikated, melengkapkan karakter sebuah skuter maksi yang mengutamakan gaya serta praktikaliti.

Dengan penyerahan 200 unit pertama ini, perjalanan Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia kini memasuki fasa baharu apabila pemilik pertamanya mula membawa model tersebut ke jalan raya di seluruh negara.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX Boleh Didapati Di:

  1. El Chong Motor Trading Sdn Bhd
  2. KB Soon Huat Motor Sdn Bhd
  3. Taycon Motor Sdn Bhd
  4. Hong Bee Motors Sdn Bhd Yamaha Lifestyle Mall
  5. GT-Max Motors (M) Sdn Bhd
  6. Hiap Aik Star Motorsports Sdn Bhd
  7. Takong Sdn Bhd
  8. Wilhin Motor (M) Sdn Bhd
  9. Serdang Motorcycle Sdn Bhd
  10. Welly World Cycle Sdn Bhd
  11. Boon Hua Motor Sdn Bhd
  12. New Chen Motor Credit Sdn Bhd
  13. Liang Soon Motor Service
  14. TME Motorsports Sdn Bhd
  15. XL Motor Sdn Bhd
  16. BLH-Ban Lee Motor Sdn Bhd
  17. Ho Hin Motors Sdn Bhd

Teruskan Bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives