
Nicolo Bulega kini menjadi pelumba Itali kedua dalam sejarah yang berjaya bergelar Juara Dunia WorldSBK.
Biaggi sebelum ini merupakan satu satunya pelumba Itali yang pernah memenangi gelaran WorldSBK, dengan kejuaraan pada 2010 dan 2012. Gelaran terakhir Biaggi hadir 14 tahun sebelum Bulega akhirnya membawa kembali kejuaraan dunia WorldSBK ke Itali.
Bulega kini bukan sekadar mencipta sejarah untuk dirinya sendiri, tetapi turut membuka satu lembaran baharu dalam sejarah WorldSBK Itali.
Pada usia yang masih muda, dia sudah memiliki dua gelaran dunia selepas terlebih dahulu menjuarai WorldSSP pada 2023.
