MIAPEX 2026 Kembali Lebih Meriah, Himpunkan Dunia Automotif Di MIECC Oktober Ini

Malaysia bakal kembali meriah dengan pelbagai aktiviti automotif apabila Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) 2026 membuka tirainya untuk edisi kelima dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Menariknya, MIAPEX 2026 bukan sekadar pameran produk alat ganti dan aksesori automotif, sebaliknya menghimpunkan pelbagai elemen dunia permotoran termasuk kereta modifikasi, supercar, komuniti kereta, pertandingan, demonstrasi produk, perkongsian teknikal serta aktiviti untuk pengunjung.

Kemasukan ke MIAPEX 2026 adalah percuma, dengan pengunjung digalakkan membuat pendaftaran terlebih dahulu di sini.

Lebih Daripada Sekadar Pameran Automotif

MIAPEX 2026 bakal menjadi titik pertemuan bagi pemain industri aftermarket, pemilik kenderaan dan komuniti peminat automotif.

Antara yang bakal dipamerkan termasuk produk alat ganti dan aksesori, kereta modifikasi, supercar serta aktiviti daripada kelab-kelab automotif.

Pengunjung turut boleh mengikuti demonstrasi produk dan sesi perkongsian berkaitan penyelenggaraan kenderaan, teknologi EV, detailing, pembaikan badan serta cat.

Selain itu, terdapat juga aktiviti permainan, cabutan bertuah, pemberian hadiah, ruang bergambar, kawasan makanan dan minuman serta Toy Cars Expo.

MIAPEX26 Mega Sales Tawar Diskaun Sehingga 70 Peratus

Bagi mereka yang datang dengan senarai barangan untuk kenderaan masing-masing, MIAPEX26 Mega Sales antara tarikan utama yang boleh diberi perhatian.

Promosi ini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi pelbagai kategori produk termasuk tayar dan rim, bateri, barangan prestasi, produk penjagaan kereta, aksesori, lampu LED, minyak enjin dan pelincir, sistem audio serta multimedia dan peralatan bengkel.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan harga khas sepanjang ekspo, tawaran bundle, pelancaran produk baharu, hadiah percuma dan menyertai cabutan bertuah.

Mega Sales berlangsung sepanjang tiga hari MIAPEX 2026, dari 23 hingga 25 Oktober, jam 10 pagi hingga 7 malam.

Berani Tukar Tayar Dalam Masa Terpantas?

Bagi yang lebih gemar cabaran, Raja & Ratu Tukar Tayar Challenge bakal menjadi antara aktiviti kompetitif sepanjang MIAPEX 2026.

Peserta perlu menukar tayar dalam perlumbaan menentang masa, dengan penekanan bukan sahaja kepada kepantasan tetapi turut melibatkan ketepatan dan kemahiran teknikal.

Penyertaan adalah percuma dan cabaran ini berlangsung dari 10 pagi hingga 6 petang, sepanjang 23 hingga 25 Oktober.

Lebih menarik, pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM10,000, sekali gus memberi peluang kepada mekanik, juruteknik bengkel serta peminat DIY automotif untuk menguji kemahiran masing-masing.

Content Creator Automotif Turut Diberi Ruang

MIAPEX 2026 turut memberi perhatian kepada komuniti pencipta kandungan menerusi MIAPEX’26 Content Excellence Award.

Pertandingan ini terbuka kepada content creator, jurugambar, videografer dan influencer automotif dengan empat kategori utama iaitu:

  • Creator of the Year
  • Community Impact Award
  • Best Visual Story Award
  • People’s Choice Creator Award

Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai, produk tajaan serta sijil premium.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2026.

Referral Campaign Sebelum MIAPEX Bermula

Selain aktiviti sepanjang ekspo, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam MIAPEX ’26 Referral Campaign sebelum acara berlangsung.

Peserta perlu mendaftar melalui QR code kempen sebelum menerima pautan referral unik daripada pihak penganjur.

Pautan tersebut kemudiannya boleh dikongsikan kepada rakan, pelanggan, rakan sekerja, kelab kereta, rakan niaga dan rangkaian masing-masing.

Peserta yang mencatat jumlah referral berjaya tertinggi bakal menerima hadiah yang ditawarkan penganjur.

Kempen ini akan ditutup pada 17 Oktober 2026.

Bumper 2 Bumper Car Show Malaysia Turut Hadir

Bagi peminat budaya kereta modifikasi, satu lagi tarikan utama ialah Bumper 2 Bumper Car Show Malaysia yang akan berlangsung selama tiga hari di Basement B1, MIECC.

Dibawakan oleh AIAS x Rolling Speed, acara ini berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Program bermula dengan Car Gathering pada Jumaat dan Sabtu sebelum diteruskan dengan Arena Competition pada Ahad, 25 Oktober.

Pemilik kereta yang mendaftar akan menerima Car Owner Pass dan lanyard, T-shirt rasmi acara, sijil penyertaan, penyertaan cabutan bertuah serta Rolling Speed sticker pack.

Pendaftaran bagi pemilik kereta yang mahu membawa masuk kenderaan masing-masing dan mewakili kelab juga telah dibuka.

Tiga Hari Penuh Dengan Aktiviti Automotif

Dengan gabungan pameran aftermarket, jualan promosi, kereta modifikasi, supercar, komuniti automotif, pertandingan, aktiviti teknikal dan kandungan untuk pencipta media, MIAPEX 2026 dilihat membawa konsep yang lebih luas berbanding pameran automotif konvensional.

Malah, kehadiran Bumper 2 Bumper Car Show Malaysia turut menambah satu lagi elemen kepada budaya kereta modifikasi sepanjang hujung minggu tersebut.

Bagi peminat automotif, pemilik kenderaan, penggiat bengkel, komuniti kelab kereta mahupun keluarga yang mahu menghabiskan masa dengan aktiviti berkaitan automotif, 23 hingga 25 Oktober 2026 boleh dimasukkan dalam kalendar.

MIAPEX 2026 akan berlangsung di MIECC, Seri Kembangan, Selangor, dengan kemasukan percuma dan pendaftaran awal digalakkan.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives