VOGE Racing Team Sasar Podium Di Terengganu, Terus Perkemas Jentera

Mohd Osman

KUALA TERENGGANU – VOGE Racing Team memasang sasaran untuk kembali mencabar kelompok hadapan pada Pusingan Ke-5 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 yang bakal berlangsung di Terengganu minggu ini.

Selepas menunjukkan perkembangan positif pada pusingan terdahulu di Batu Kawan, pasukan kini mahu meneruskan momentum tersebut dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan lagi prestasi jentera.

Team Principal VOGE Racing Team, Azlan Shah, berkata sasaran pasukan untuk pusingan kali ini cukup jelas, iaitu memburu podium selain memastikan jentera berada pada tahap yang lebih kompetitif.

“Target podium dan improve jentera bagi lagi better,” katanya.

Ringkas, namun cukup menggambarkan misi VOGE Racing Team untuk Pusingan Ke-5. Pasukan bukan sahaja mahu mengejar keputusan, malah melihat setiap pusingan sebagai peluang untuk memperbaiki pakej jentera dan mencari setup yang lebih tepat.

Pada pusingan di Batu Kawan sebelum ini, VOGE Racing Team berjaya menunjukkan peningkatan selepas pasukan menemui setup yang lebih sesuai menjelang perlumbaan akhir. Pelumba turut mempamerkan usaha keras apabila berjaya memperbaiki kedudukan secara berperingkat ketika perlumbaan.

Situasi itu pastinya menjadi motivasi tambahan buat pasukan untuk hadir ke Terengganu dengan persediaan yang lebih baik.

Fokus utama kini adalah mendapatkan setup kompetitif seawal mungkin supaya pelumba dapat memperoleh kedudukan permulaan yang lebih baik ketika sesi kelayakan, sekali gus membuka peluang lebih cerah untuk mencabar kelompok hadapan sejak awal perlumbaan.

Dengan sasaran podium yang diletakkan, VOGE Racing Team pastinya mahu menjadikan Pusingan Ke-5 sebagai satu lagi langkah penting dalam proses pembangunan pasukan dan jentera.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives