Pasukan Go Eleven Lancar Livery Untuk Saingan WorldSBK Musim 2025
Pasukan Go Eleven yang berpangkalan di Piedmont dan diketuai oleh Gianni Ramello, telah memperkenalkan jentera baharu Ducati Panigale untuk musim Superbike 2025. Acara ini berlangsung di lereng salji Limone Piemonte, mencipta suasana unik untuk pelancaran tersebut. Elia Ramello, anak kepada pemilik pasukan, memainkan peranan penting dalam merancang perlancaran ini.