JETOUR Dashing Ubah Landskap SUV Di Malaysia Dengan Penampilan Berani Dan Teknologi Terkini

MC


JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan model SUV pertama mereka, Dashing, di MITEC, Kuala Lumpur 9 April lalu, sekali gus memasuki pasaran SUV Malaysia yang kompetitif. Menampilkan rekaan bergaya dan teknologi terkini, Dashing menjadi penanda aras baharu dalam segmennya

Naib Presiden JETOUR Auto, Encik Ke Chuandeng, menyatakan bahawa pelancaran ini bukan sahaja membuka jalan untuk JETOUR di Malaysia, malah mentakrif semula jangkaan pengguna terhadap SUV moden. Menurut beliau, pengguna kini menuntut kualiti, reka bentuk, dan teknologi tanpa kompromi pada harga yang berpatutan dan Dashing memenuhi kesemua kriteria ini.

SUV lima tempat duduk ini menyerlah dengan reka bentuk coupe fastback moden, dilengkapi pemegang pintu sensor pintar, lampu LED matriks dengan ciri ‘follow-me-home’, dan lampu belakang bergaya bendera perlumbaan. Dengan roda 19 inci dan sunroof panoramik 75 inci, Dashing memberi pengalaman pemanduan yang premium.

Ruang dalaman ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu off-white dan hitam-merah, lengkap dengan kabin lapang tanpa bonggol tengah dan ruang but luas. Sistem kawalan suara pintar membolehkan pengguna mengawal fungsi utama seperti tingkap, penghawa dingin, dan muzik dengan mudah.

Dari aspek keselamatan, Dashing dilengkapi ciri terkini seperti pengesanan titik buta, amaran pertukaran lorong, dan sistem amaran pintu terbuka. Enjin turbo 1.5 liter berkuasa 156ps memastikan prestasi lancar dan responsif.

Dashing ditawarkan dalam dua varian, dengan lima pilihan warna luaran dan ciri sambungan seperti pengecas tanpa wayar serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Ia boleh didapati di semua bilik pameran JETOUR di seluruh negara bermula April 2025.


Teruskan Bersama Four Wheels..!

#FW #FourWheels #TWGear #JetourAuto #JetourDashingLaunch #DesignedToDriveYou #AllNewDashing

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives