Max Verstappen Bidas Kenyataan Wartawan tentang perpindahan

kimi

Pemandu utama Red Bull Racing, Max Verstappen memberikan respons tegas kepada pengulas Formula 1, David Croft susulan satu soalan berkaitan masa depannya bersama pasukan itu semasa Grand Prix Arab Saudi baru-baru ini.

Beliau yang dikenali dengan nama panggilan Crofty dilaporkan bertanyakan soalan bersifat spekulatif mengenai sama ada Verstappen akan terus kekal bersama Red Bull menjelang musim-musim akan datang.

Bagaimanapun, juara dunia empat kali itu tidak melayan provokasi tersebut dan tampil dengan jawapan padat;

“You just focus on commentating, I’ll focus on driving.”
(“Awak fokus sahaja pada mengulas, saya akan fokus pada pemanduan.”)

Kenyataan itu sekaligus memperlihatkan pendirian Verstappen yang jelas enggan melayan khabar angin atau gosip media yang mengaitkannya dengan perpindahan ke pasukan lain.

Spekulasi mengenai masa depan Verstappen semakin hangat selepas beberapa isu dalaman yang dilaporkan berlaku dalam pasukan Red Bull serta permulaan musim 2025 yang agak mencabar.

Namun begitu, dengan prestasi yang masih konsisten di litar dan fokus yang tidak tergugat, Verstappen memberi isyarat bahawa apa jua keputusan mengenai kerjayanya hanya akan ditentukan oleh dirinya sendiri bukannya pihak luar.

Teruskan Bersama Four Wheels..!
📷Skysportsf1

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.3k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives