Misano World Circuit “Marco Simoncelli”

Two Wheels Media

Tahukah anda, Litar Antarabangsa Misano juga dikenali sebagai Litar Marco Simoncelli?
Kini nama rasmi litar berkenaan adalah Litar Antarabangsa Misano Marco Simoncelli @ ”Misano World Circuit Marco Simoncelli”. Litar ini dijenamakan semula pada 3 November 2011 oleh pemilik litar itu, bersempena untuk memperingati kematian pelumba berbakat tempatan, Marco Simoncelli yang terkorban akibat kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang beberapa tahun dahulu yang juga melibatkan Valentino Rossi.
Litar berukuran 4.064 kilometer ini diguna sepenuhnya untuk perlumbaan pada 1972 yang mana diawal pembukaannya hanyalah berukuran 3.488 kilometer pada tahun 1970. Litar yang menjadi kebanggaan peminat tempatan ini juga sentiasa berada didalam kalendar perlumbaan MotoGP dan WSBK.
#TW #TwoWheels #MGPM #MGPFCM #TWcircuitinfo #MotoGP #Dorna #MisanoCircuit #MarcoSimoncelli #MS58 #InMemory #SIC
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives