Marco Ramirez Bersama Orelac Racing Tahun Depan

Wandi

Pelumba Sepanyol, Marcos Ramirez, bakal menyertai Orelac Racing bagi menghadapi Kejuaraan Dunia Supersport (WorldSSP) musim 2027, mengambil alih tempat Jaume Masia yang akan beralih ke pasukan Kawasaki.

Ramirez mempunyai pengalaman luas dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, khususnya kategori Moto2 yang disertainya dari 2020 hingga 2025. Sepanjang tempoh itu, beliau pernah mewakili American Racing dan MV Agusta Forward Racing sebelum menamatkan musim terakhirnya bersama OnlyFans American Racing Team.

Pada musim 2026, Ramirez beralih ke WorldSSP bersama QJMOTOR Factory Racing Team, menunggang jentera SRK 800 RS. Namun, beliau turut kembali beraksi dalam Moto2 pada tahun ini dengan membuat penampilan sebagai pelumba gantian bersama MSi Racing Team, menggantikan Angel Piqueras yang mengalami kecederaan pada Grand Prix Sepanyol dan Perancis.

Ramirez kemudian mendapat peluang tambahan menerusi tiga penampilan wildcard bersama KLINT Racing Team, menggunakan jentera Forward untuk perlumbaan di Aragon, Misano dan Red Bull Ring.

Bagaimanapun, kerjasamanya dengan QJMOTOR berakhir apabila Bahattin Sofuoglu mengambil alih tempatnya bermula pusingan Cremona.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives