Oliveira terkejut dengan kebolehan WorldSBK

Wandi

Miguel Oliveira mengejutkan ramai selepas sesi ujian pertamanya bersama BMW M1000 RR dalam ujian WorldSBK 2025 di Jerez. Pihak pengurusan BMW mendedahkan bahawa Oliveira sendiri terkejut dengan kelajuan sebenar jentera M1000 RR, walaupun baru pertama kali menyesuaikan diri dengan jentera Superbike yang berasaskan produksi, berbeza dengan jentera prototaip MotoGP yang lebih ringan dan kompleks.

Peralihan ini bukan mudah kerana turut melibatkan pertukaran pembekal tayar daripada Michelin ke Pirelli. Namun begitu, Oliveira cepat menyesuaikan diri dan memberikan maklum balas positif awal kepada pasukan. Rakan sepasukan beliau, Danilo Petrucci juga turut berpuas hati dengan pakej elektronik dan karakter brek enjin jentera BMW tersebut.

Shaun Muir menegaskan bahawa sesi debut ini memberi isyarat positif terhadap hala tuju BMW menjelang musim 2026. Ia menunjukkan potensi besar kombinasi pelumba MotoGP dan keupayaan jentera WorldSBK BMW untuk bersaing di barisan hadapan.

Teruskan bersama Two Wheels…!!!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives