Yamaha LC135Fi Tampil Lebih Gah dengan Coverset Edisi Terhad – Sentuhan Inspirasi Perlumbaan

MC

Yamaha Motor Malaysia terus mengukuhkan identitinya dalam dunia permotoran dengan memperkenalkan Coverset Edisi Terhad khas untuk model ikonik mereka, Yamaha LC135Fi. Menyedari minat mendalam para peminat terhadap gaya dan semangat perlumbaan, Yamaha kini membawakan rekaan coverset yang diinspirasikan secara eksklusif daripada jentera lumba sebenar Yamaha.

Diperkenalkan dalam dua warna berani dan memikat, setiap pilihan menggambarkan sisi berbeza karakter penunggang:

  • Yamaha Team ASEAN Blue – Warna rasmi pasukan perlumbaan Yamaha yang menyerlahkan tenaga, ketangkasan dan semangat kompetitif yang tinggi.
  • Redracer – Tona merah garang yang membawa aura dominasi dan keberanian, sesuai untuk mereka yang berani tampil menonjol.

Rekaan coverset ini bukan sekadar kosmetik, malah membawa jiwa dan karakter perlumbaan kepada LC135Fi. Ia direka dengan gaya yang agresif, moden dan berprestasi tinggi, menjadikan setiap tunggangan satu pernyataan gaya yang penuh keyakinan.

Dengan Harga Runcit Cadangan (RRP) hanya RM480, Coverset Edisi Terhad ini merupakan pelaburan gaya yang eksklusif dan berbaloi bagi pemilik Yamaha LC135Fi yang mahu tampil berbeza dan bergaya di jalanan.

Coverset ini hanya ditawarkan melalui Pengedar Sah Yamaha di seluruh negara, dan stok adalah terhad – satu peluang eksklusif yang tidak harus dilepaskan!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives