Franco Morbidelli Tidak Akan Berlumba di GP: “Tiada Gunanya Ambil Risiko”

Mohd Osman

Pelumba Itali, Franco Morbidelli, disahkan tidak akan menyertai Grand Prix Republik Czech di Brno minggu ini selepas mengalami kecederaan bahu kiri dalam insiden terjatuh ketika sesi Sprint di Sachsenring. Keputusan ini dibuat bersama pasukannya, Pertamina Enduro VR46 Racing Team, selepas pemeriksaan perubatan terkini di Itali dan dua hari penuh sesi fisioterapi serta rehat intensif.

Walaupun masih mengalami kesakitan di bahu kiri, Morbidelli tetap akan hadir di Brno untuk bersama pasukan dan meneruskan proses pemulihan. Kehadirannya di litar adalah sebahagian daripada komitmennya untuk kekal terlibat secara teknikal bersama pasukan serta meneruskan rawatan fisioterapi secara berterusan di litar.

“Selepas dua hari menjalani rawatan dan pemeriksaan, saya dan pasukan membuat keputusan untuk tidak berlumba minggu ini di Brno, Ini keputusan yang sukar, tetapi dengan keadaan kecederaan yang belum pulih sepenuhnya dan mengambil kira tempoh rehat musim panas yang akan datang, saya tidak mahu ambil risiko. Saya amat menghargai sokongan daripada pasukan, VR46 Riders Academy dan para peminat. Saya akan terus bekerja keras supaya dapat kembali ke litar di Austria dalam keadaan fizikal terbaik.” ujar Morbidelli.

Ketiadaan Morbidelli bermakna pasukan VR46 akan bertanding dengan hanya satu pelumba utama hujung minggu ini.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives