Kurang yakin dengan tayar punca Hakim Danish bertahan di Kelompok tengah

Mohd Osman

Hakim Danish memulakan aksi Red Bull Rookies Cup pusingan ke 5 dengan keadaan kurang optimum apabila hanya dapat mencatatkan masa terbaik di kedudukan ke 13 semasa sesi kelayakan.

Tidak seperti sebelum ini beliau akan fight untuk kumpulan hadapan. Namun Pada perlumbaan semalam, Hakim Danish mengambil langkah berjaga-jaga dan bertahan di kelompok tengah untuk mengelakkan sebarang perkara yang lebih teruk.

Salah satu punca adalah kurang yakin dengan keadaan cengkaman tayar kerana perlumbaan semalam belangsung dalam keadaan litar basah dan separa kering.

Walaubagaimanapun Hakim Danish banyak belajar daripada perlumbaan tersebut dan akan mengambilnya sebagai pembelajaran berharga untuk perlumbaan seterusnya

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives