
Bertempat di CKT Motor, Kepala Batas, Pulau Pinang, Aveta Malaysia mencipta sejarah apabila menyerahkan sebanyak 168 unit motosikal model Aveta Vanguard 250 dan Nova 160 kepada pemilik baharu dalam satu majlis gilang-gemilang ini. Majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan amal kepada 30 golongan asnaf, menzahirkan komitmen sosial Aveta dalam membantu komuniti setempat.

Model Vanguard 250 dikenali dengan penjimatan bahan api dan reka bentuk praktikal untuk kegunaan harian, manakala Nova 160 pula tampil bergaya dengan ciri moden seperti lampu LED, panel digital dan enjin efisien 160cc.

Program ini mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records sebagai penyerahan motosikal terbanyak dalam satu majlis di Malaysia bagi tahun 2025. Turut hadir YB Dato’ Hj Rashidi Bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Pulau Pinang serta barisan pengurusan tertinggi dari MAG Group. Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan Aveta sebagai jenama motosikal mampu milik yang semakin dipercayai rakyat Malaysia.
Teruskan bersama Two Wheels..!