Bautista kecewa dengan peraturan baru yang disifatkan sebagai diskriminasi.

Wandi

Pelumba WSBK Pasukan Aruba.it Ducati, Alvaro Bautista, tampil meluahkan rasa kecewa dan tertekan berhubung kesan peraturan baru yang menetapkan had berat minimum antara pelumba dan jentera. Menurutnya, peraturan itu memberi kesan besar terhadap prestasi di atas litar, dan menjadikan bentuk tubuhnya satu kelemahan yang bukan berpunca daripada kemahiran atau keupayaan sebenar sebagai pelumba.

Bautista, yang pernah menjuarai WSBK dua kali bersama Ducati, menyatakan bahawa dia telah lama berdiam diri dan cuba menyesuaikan diri, namun realitinya peraturan ini mencetuskan diskriminasi terhadap pelumba bertubuh kecil. Katanya, tubuh badannya kini menjadi alasan untuk dipersoalkan dan diperlekeh walaupun kemampuannya di atas jentera tidak pernah luntur.

“Saya tidak mahu dipandang sebagai mangsa atau minta simpati, saya cuma mahu membuka perbincangan penting tentang keadilan dalam sukan ini,” jelas Bautista. Beliau menekankan bahawa seorang pelumba tidak wajar dinilai hanya pada angka berat badan tetapi haruslah pada kepintaran, keberanian dan hubungan mereka dengan jentera.

Luahan ini membuka mata ramai pihak dan mungkin bakal mencetuskan desakan agar peraturan sedia ada dikaji semula demi keadilan semua pelumba. Bautista hanya mahukan satu perkara iaitu sukan yang lebih adil untuk semua.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives