Isu Aprilia vs Martin : Aprilia Sedia Seret Martin Ke Mahkamah

Toshi

Massimo Rivola, CEO Aprilia Racing, meletus dengan kenyataan tegas dan penuh amaran berhubung kemelut bersama Jorge Martín. Dalam sidang media selepas GP Belanda di Assen, Rivola menyatakan dengan lantang: “Saya akan lakukan apa saja untuk lindungi Aprilia Racing.”

Konflik ini memuncak apabila pengurus Martin, Albert Valera, mendakwa pelumba itu bebas untuk ke pasukan lain pada tahun 2026 walaupun telah menandatangani kontrak bersama Aprilia. Rivola membidas kenyataan itu, dengan menegaskan bahawa Martin masih terikat secara sah dan Aprilia bersedia membawa isu ini ke muka pengadilan jika perlu.

“Dia bukan bebas seperti yang didakwa. Jika perlu ke mahkamah, biarlah hakim tentukan,” ujar Rivola. Nada tegasnya memperlihatkan bahawa Aprilia tidak akan membiarkan reputasi mereka dipermainkan. Malah beliau menyindir tindakan Valera sebagai “tidak profesional” kerana menyebarkan perkara kontrak secara terbuka kepada media.

Walaupun begitu, Rivola mengakui mereka masih mahu Jorge kekal dan terbuka untuk berbincang. Namun, jika rundingan gagal, Aprilia tidak teragak-agak memilih jalan undang-undang.

Apa yang menjadikan isu ini lebih hangat apabila Honda menjadi destinasi pilihan Martin, turut mengundang persoalan. Alberto Puig (HRC) mengisyaratkan bahawa mereka tidak akan mengambil pelumba yang masih terikat kontrak, menjadikan situasi semakin kusut.

Kesimpulannya, Aprilia kini bukan sahaja berlumba di trek, tetapi juga bersedia berjuang di mahkamah, semuanya demi menjaga nama dan maruah pasukan. MotoGP 2026 kini bermula lebih awal… dan ia bermula dengan drama!

Teruskan bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives