Cara Marc Marquez hadapi situasi tidak diingini.

Wandi

Baru-baru ini Marc Marquez telah cemerlang di Bumi Itali yang mana dilihat sebagai kubu kuat lawan iaitu para pelumba Itali. Yang penting Itali merupakan kawasan seorang lagenda terkemuka MotoGP, Valentino Rossi.

Apa yang berlaku amat memburukkan keadaan di mana para penonton tempatan telah memperlekehkan kemenangan Marc Marquez. Ia satu tanda jelas bahawa mereka tidak menyenangi  dengan kejayaan tersebut. Hal ini disebut sebagai disonans sosial iaitu konflik antara pencapaian dan penerimaan sosial.

Berikut ialah 4 poin yang boleh saya kelaskan untuk situasi disonans sosial ini:

  1. Boo dari Penonton Itali
    Walaupun Marc menang dan bawa pulang podium tertinggi, penonton tempatan tetap mengejeknya. Ini mencerminkan ketegangan emosi yang belum reda sejak zaman persaingannya dengan Valentino Rossi.
  2. Tindakan Ambil Bendera Ducati
    Sebagai respon kepada suasana tegang, Marc memilih bendera Ducati iaitu satu produk dari Itali untuk raikan kemenangannya. Ini isyarat cuba meredakan reaksi penonton dengan menunjukkan rasa hormat kepada Itali.
  3. Strategi Psikologi dan Simbolik
    Pemilihan bendera itu adalah langkah simbolik untuk menjalin semula hubungan dengan penonton Itali. Ia juga strategi psikologi memulihkan imej dalam kelompok peminat yang masih berat sebelah.
  4. Reaksi Dunia Perlumbaan
    Walaupun ada boo, ramai pemerhati memuji kematangan Marc dalam kendali situasi ini. Ia menunjukkan pelumba bukan hanya bertanding atas litar, tapi juga bijak mengurus persepsi awam dan emosi penonton.
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives