PRA-RACE | NO MONEY RACING BY BRAAAP WITH ESTREMO BERSIAP UNTUK ROUND 3 MSF

Mohd Osman

Pasukan No Money Racing by BRAAAP with Estremo tampil penuh semangat menjelang Pusingan Ketiga Malaysia Speed Festival (MSF) 2025 hujung minggu ini. Dengan barisan pelumba yang semakin matang, pasukan ini bakal mencuri tumpuan khususnya dengan kemunculan seorang muka baharu di kelas lebih tinggi.

Pelumba muda berbakat, Ezrix #177, akan membuat penampilan sulungnya di kategori GP Pro, kelas yang lebih kompetitif dalam MSF. Sebelum ini, Ezrix bersaing dalam kelas GPx dan telah menunjukkan potensi besar.

“Saya sedar GP Pro bukan kelas biasa. Tapi saya akan beri yang terbaik dan jika mendapat podium ianya bonus,” ujar Ezrix, yang jelas teruja namun berwaspada dengan cabaran besar yang menantinya.

Sementara itu, rakan sepasukan beliau, Aqmal Faiz, atau lebih dikenali dengan panggilan Nerd, turut bersedia sepenuhnya untuk menghadapi round kali ini. Dengan pengalaman dan data yang dikumpul dari pusingan terdahulu, Nerd yakin prestasinya akan lebih menyerlah. “Kali ini saya lebih bersedia. Data yang kami ada sangat membantu, dan saya yakin kami mampu bersaing di kelompok teratas,” kata Nerd dengan penuh keyakinan.

Dengan semangat juang tinggi dan sokongan teknikal dari Estremo, No Money Racing by BRAAAP dilihat bakal memberi cabaran sengit dalam perlumbaan kali ini. Jangan terlepas aksi mereka di Litar Sepang hujung minggu ini!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives