Mercedes ‘All-Out’ di Montreal!

Kimi

Litar Gilles Villeneuve di Montreal menjadi saksi kebangkitan semula pasukan Mercedes apabila George Russell meraih kemenangan sulung musim ini dalam satu perlumbaan yang penuh strategi.

Russell bermula dari petak hadapan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan posisi dan berjaya mengawal tekanan daripada pesaing terdekat sepanjang 70 pusingan perlumbaan.

Dengan prestasi jentera yang kompetitif dan strategi hentian pit yang tepat, Russell mempamerkan pemanduan yang mantap serta matang sekaligus menamatkan penantian panjang Mercedes untuk kembali ke tangga teratas.

Lebih manis buat pasukan Mercedes, pelumba muda mereka, Kimi Antonelli, turut mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menaiki podium buat kali pertama dalam karier Formula 1.

Walaupun masih baharu dalam sukan ini, Antonelli menunjukkan ketenangan dan kecekapan luar biasa, mengatasi nama-nama besar untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Satu rekod baru sebagai pemandu ketiga paling muda menaiki podium selepas Max Verstappen dan Lance Stroll melakukannya.

Kemenangan Russell dan podium Antonelli memberikan petanda jelas bahawa Mercedes kini berada di landasan yang betul dalam usaha mereka untuk kembali menjadi kuasa besar dalam Formula 1.

Montreal bukan sekadar sebuah perlumbaan, ia sebuah permulaan kepada era baharu pasukan Silver Arrows.

Teruskan Bersama Four Wheels..!
📷 MercedesamgPetronas

FourWheels #TWmedia #FW #TWinfo #F1 #FIA #F175 #mercedesAMGPetronas #Canadiangp 🇨🇦

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives