Ujian Aragon Tamat: Fokus Tertumpu kepada Manuel Gonzalez

Mohd Osman

Ujian pasca-musim di Aragon telah melabuhkan tirainya semalam dengan semua pasukan berjaya mengumpul data penting, termasuk mencuba beberapa komponen dan konfigurasi baharu pada jentera masing-masing.

Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada pelumba Moto2, Manuel Gonzalez, yang diberi peluang menguji jentera MotoGP. Ujian ini bukan sekadar pengalaman untuk Gonzalez, malah menjadi medan perbandingan penting bagi pasukan dalam menilai tahap kesediaannya bersaing di kelas premier, terutama apabila dibandingkan dengan pelumba tetap mereka.

Namun begitu, walaupun Gonzalez mencatat masa yang lebih pantas berbanding pelumba sedia ada, perbandingan ini boleh dipersoalkan. Pelumba tetap, Somkiat Chantra, hanya menamatkan 24 lap dalam sesi kedua, jauh lebih sedikit berbanding Gonzalez yang melengkapkan 61 lap — satu jurang besar dari segi data dan masa penyesuaian.

Lebih menarik, dalam sesi pertama — ketika jumlah lap mereka lebih seimbang — Gonzalez masih belum mampu menyaingi catatan masa Chantra. Adakah jentera, kemahiran, atau keserasian yang menjadi faktor pemisah prestasi mereka?

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives