Augusto Fernandez Sahkan Akan Uji Dua Spesifikasi Enjin di Aragon, Tetapi Bukan Enjin V4

Mohd Osman

Pelumba ujian pasukan rasmi Yamaha, Augusto Fernandez, mengesahkan bahawa beliau akan menguji dua spesifikasi enjin sepanjang hujung minggu Grand Prix Aragon, namun menegaskan bahawa tiada satu pun adalah enjin V4 yang sedang dibangunkan oleh Yamaha.

Perlumbaan di Aragon ini menandakan penampilan pertama Fernandez sebagai pelumba wildcard bersama pasukan ujian rasmi Yamaha sejak menandatangani kontrak dengan jenama dari Iwata itu pada November lalu. Sebelum ini, beliau telah menggantikan Miguel Oliveira untuk pasukan Pramac Yamaha di tiga pusingan iaitu Austin, Lusail, dan Jerez, namun perlumbaan hujung minggu ini merupakan kali pertama beliau menjalankan tugas penuh sebagai pelumba ujian.

“Kami sedang menjalankan dua projek pembangunan, dan hujung minggu ini, fokus kami adalah kepada enjin inline-four,” kata Fernandez. “Pembangunan enjin V4 adalah projek yang berasingan.” kata Augusto Fernandez yang bercakap kepada Crash.net semalam.

Seperti kebiasaannya, kehadiran pelumba ujian ke pusingan perlumbaan adalah untuk memanfaatkan sesi ujian tambahan selepas perlumbaan yang diadakan pada hari Isnin. Namun, bagi Fernandez, perlumbaan Aragon dijangka menjadi cabaran paling sukar musim ini, kerana beliau baru kembali selepas sebulan berehat daripada aksi perlumbaan.

“Saya rasa Aragon akan menjadi perlumbaan paling mencabar musim ini kerana saya baru kembali selepas sebulan tanpa pelumbaan,” jelasnya.

Tambah Fernandez lagi, beliau mempunyai beberapa sesi ujian yang telah dirancang selepas ini, termasuk satu ujian penting di Brno menjelang Grand Prix Republik Czech. Beliau berharap dapat menggunakan sesi-sesi ujian ini untuk meningkatkan prestasi dan membantu dalam pembangunan jentera Yamaha.

“Di Aragon ini, saya perlu bersabar, menguji apa yang telah dirancang, dan juga mendapatkan semula kelajuan saya. Sasaran saya adalah untuk merapatkan jurang dengan pelumba lain, bersedia untuk ujian yang seterusnya, dan berada dalam kedudukan lebih baik untuk menyumbang kepada pembangunan.”

Yamaha juga akan menguji enjin bukan V4 pada hari ujian Aragon Isnin ini dan dengan projek enjin V4 Yamaha masih dalam fasa pembangunan berasingan, tumpuan kini adalah kepada pemantapan teknologi sedia ada dan Fernandez memainkan peranan penting dalam usaha 

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives