Azroy Hakeem Anuar Cipta Sejarah Dengan Dua Kemenangan di Sepang!

MC


Azroy Hakeem Anuar dari pasukan IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA memberi sorakan bergema kepada penonton tuan rumah apabila meraih dua kemenangan hebat dalam Pusingan 2 IDEMITSU FIM ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP 2025 (ASB1000) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Selepas menjuarai Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, Azroy sekali lagi tampil garang dalam Perlumbaan 2 dengan catatan masa kemenangan 25 minit 23.640 saat.

Azroy menunjukkan niatnya sejak awal perlumbaan apabila berjaya memintas Hafizh Syahrin Abdullah dari JDT RACING TEAM, yang melakukan permulaan cemerlang. Namun, perlumbaan tidak semudah yang disangka.

Azroy terpaksa berdepan tekanan hebat daripada pelumba Thailand, Apiwath Wongthananon (A1 ENERGY BMW RACING TEAM) dan Hafizh sendiri, yang beberapa kali bertukar kedudukan dengannya. Malah, pada satu ketika, Azroy jatuh ke kedudukan kelima!

Namun, semangat juangnya tidak luntur. Azroy kembali menyerang dengan mencatat masa terpantas perlumbaan – 2 minit 6.134 saat pada pusingan ke-4 dan berjaya merampas semula kedudukan pendahulu.

Pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar (ASTRA HONDA RACING TEAM) turut mempamerkan aksi mantap, melonjak dari P6 ke P3, tetapi terpaksa akur selepas terjatuh pada pusingan ke-9. Ini memberi ruang kepada Keito Abe dan Azlan Shah Kamaruzaman untuk naik dalam carta.

Beberapa pusingan terakhir menyaksikan Azroy dan Hafizh bersaing sengit, kedua-duanya memecut lebih 300 km/j dan meninggalkan pelumba lain hampir 5 saat di belakang. Namun, Azroy kekal tenang dan berani, berjaya mengekalkan kedudukan untuk menang kali kedua dalam satu hujung minggu – satu pencapaian hebat di hadapan penyokong sendiri!

Dengan kemenangan ini, Azroy kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 71 mata.

Kedudukan Podium Perlumbaan 1:

🥇 Azroy Hakeem Anuar – IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA
🥈 Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM
🥉 Zaqhwan Zaidi – IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA

Kedudukan Podium Perlumbaan 2:

🥇 Azroy Hakeem Anuar – IDEMITSU HONDA RACING MALAYSIA
🥈 Hafizh Syahrin Abdullah – JDT RACING TEAM
🥉 Keito Abe – SDG HARC-PRO. HONDA PHILIPPINES

Kata Azroy:

“Ini kali pertama saya menang dua perlumbaan dan naik podium dua kali dalam satu pusingan, memang gembira sangat. Terima kasih kepada pasukan saya yang bekerja keras. Cuaca lebih panas hari ini, jadi saya kena jaga tayar. Saya turun ke tempat ke-5, tapi saya lawan balik. Hafizh memang dekat sangat – kadang dekat, kadang jauh – itu petanda pace saya okay. Saya kawal perlumbaan sampai akhir. Kami akan cuba ulang kejayaan ini di pusingan seterusnya!

Teruskan Bersama Two Wheels..!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives