Desmosdici Lebih Cepat Membangun Hasil Input Marc.

Wandi

Pengarah Teknikal Ducati Corse, Gigi Dall’Igna, memuji kebolehan Marc Marquez yang luar biasa dalam menyesuaikan diri dengan pantas terhadap komponen baharu jentera Ducati. Menurut Dall’Igna, Marquez bukan sahaja cepat memahami ciri-ciri teknikal baharu, malah mampu memaksimumkan potensi setiap komponen yang diuji, menjadikannya aset penting dalam proses pembangunan jentera.

“Apa yang dilakukan Marc dengan GP23 sukar untuk dijelaskan. Beliau berjaya memanfaatkan kekuatan jentera dengan cara yang luar biasa,” kata Dall’Igna. Meskipun menggunakan jentera versi terdahulu, Marquez mampu bersaing dengan pelumba lain yang menggunakan model terkini, menunjukkan betapa hebatnya adaptasi dan kemahiran teknikal beliau.

Dengan kehadiran Márquez dalam pasukan Ducati pada musim 2025, pasukan Itali itu kini memiliki seorang pelumba yang bukan sahaja berbakat besar, tetapi juga sangat berguna dalam aspek pembangunan teknikal. Meskipun ini musim pertamanya menunggang jentera Ducati dalam pasukan utama, Marquez menunjukkan kematangan dan kefahaman teknikal yang sangat tinggi. Perkara ini jelas membantu jurutera Ducati mempercepatkan proses uji kaji dan membuat keputusan penting berkaitan ‘setup’ serta hala tuju pembangunan jentera.

Kerjasama erat antara Marquez dan pasukan teknikal Ducati kini dilihat sebagai salah satu kelebihan terbesar Ducati musim ini. Setiap maklum balas daripada Marquez diterjemahkan dengan lebih mudah kerana dia mampu menjelaskan keperluan jentera dalam bahasa yang difahami oleh jurutera. Tidak hairanlah jika Ducati semakin konsisten berada di hadapan. Dengan Marquez sebagai pelumba dan juga penguji lapangan terbaik, Ducati kini berada pada landasan kukuh untuk terus mendominasi MotoGP musim 2025.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives