Malaysia Kini Miliki Litar Karting Bertaraf Dunia di Kajang

Kimi

Pada 31 Mei 2025, Litar Karting Antarabangsa LYL di Sungai Long, Kajang telah menjadi tumpuan peminat sukan permotoran sempena majlis pelancaran rasmi litar tersebut. Majlis ini turut menyaksikan pusingan ketiga Kejuaraan ROK Cup Asia 2025, yang berlangsung dari 31 Mei hingga 1 Jun 2025. Acara ini menarik penyertaan pelumba-pelumba berbakat dari seluruh Asia, menjadikan ia antara kejohanan karting paling berprestij di rantau ini.

Litar LYL dikenali sebagai litar karting terpanjang di Asia dengan panjang 1.5km, dilengkapi 23 selekoh teknikal, termasuk chicane dan flyover yang mencabar. Litar ini juga mendapat pengiktirafan CIK/FIA, menepati piawaian keselamatan antarabangsa. Kemudahan moden seperti lampu limpah membolehkan perlumbaan diadakan pada waktu malam, memberikan pengalaman unik kepada pelumba dan penonton.

Sebagai pengiktirafan kepada keunikan dan skala pembinaannya, Litar Karting Antarabangsa LYL telah dianugerahkan Malaysia Book of Records sebagai “Litar Karting Terpanjang di Asia Tenggara”, sekali gus mengukuhkan reputasinya di peringkat serantau dan menjadi kebanggaan negara.

Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Exco Sukan Negeri Selangor YB Tuan Mohd Najwan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LYL, Dato’ Andrian Lim. Juga turut hadir ke majlis itu ialah Ahli Majlis Badan Permotoran Dunia FIA Dato’ Lung Nien Lee dan wakil Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

Dengan pelancaran rasmi ini, Litar LYL dijangka menjadi pusat utama pembangunan bakat dalam sukan permotoran negara, menyediakan platform latihan dan pertandingan bertaraf antarabangsa untuk pelumba tempatan dan serantau.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives