Jack Miller Sertai Cabaran Suzuka 8 Hours 2025 Bersama Pasukan Rasmi Yamaha

MC


Yamaha Motor Co., Ltd. dengan bangga mengumumkan bahawa pelumba MotoGP, Jack Miller, akan menyertai perlumbaan ketahanan ikonik Suzuka 8 Hours 2025 bersama pasukan rasmi Yamaha Racing Team. Ini merupakan kemunculan semula Jack dalam Kejuaraan Dunia Ketahanan FIM selepas lapan tahun, dengan kali terakhir beliau berlumba di Suzuka pada tahun 2017 dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Untuk edisi ke-46 ini, Miller akan bergandingan dengan Katsuyuki Nakasuga, pelumba berpengalaman yang pernah membantu Yamaha menang empat kali berturut-turut (2015–2018) dan juara JSB1000 Jepun sebanyak 12 kali. Seorang lagi pelumba akan diumumkan tidak lama lagi, dipilih dari barisan pelumba WorldSBK Yamaha.

Perlumbaan ini lebih istimewa kerana Yamaha akan menyambut ulang tahun ke-70 sejak penubuhan mereka pada 1 Julai 1955. Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, Yamaha kembali bertanding secara rasmi di Suzuka 8 Hours buat kali pertama sejak 2019.

Pengurus pasukan, Wataru Yoshikawa, merupakan bekas juara All Japan Superbike dan pernah berlumba di Suzuka 8 Hours pada tahun 1999.

Pasukan akan menjalani ujian tertutup pada 3–4 Julai sebelum memulakan perlumbaan sebenar pada 1 Ogos, diikuti sesi Top 10 Trial dan perlumbaan utama pada Ahad, 3 Ogos.

Berikut adalah Kata-kata dari Jack Miller, Prisinpal Pasukan dan Pengurus Pasukan Pramac Yamaha:

🗣️ Jack Miller:
“Satu penghormatan besar untuk berlumba dengan pasukan rasmi Yamaha. Saya sudah lama impikan untuk kembali ke Suzuka sejak 2017. Kini saya sangat teruja untuk menunggang Yamaha R1 dan mewakili pasukan ini di Jepun. Harap saya boleh beri keputusan terbaik untuk peminat di sana.”

🗣️ Paolo Campinoti (Prinsipal Pasukan Pramac Yamaha):
“Penyertaan Jack dalam perlumbaan ini menunjukkan hubungan kukuh antara kami dan Yamaha, walaupun kerjasama ini masih baru.”

🗣️ Gino Borsoi (Pengarah Pasukan):
“Suzuka 8 Hours adalah perlumbaan lagenda. Jack adalah pilihan tepat — semangat dan sikap positifnya menjadikannya duta terbaik untuk Yamaha.”

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives