
TW Racing Team Development dengan sukacitanya mengumumkan satu lagi langkah strategik dalam usaha memperkukuh prestasi pasukan dengan memeterai kerjasama rasmi bersama LUQ SPORTS Performance & Recovery Centre. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyediakan sokongan menyeluruh kepada para pelumba, bukan hanya dari aspek latihan dan strategi perlumbaan, malah turut merangkumi kesihatan, pemulihan dan kesejahteraan fizikal secara holistik.

Melalui kolaborasi ini, pelumba TW Racing Team akan menerima akses eksklusif kepada pelbagai perkhidmatan pemulihan berasaskan sains sukan, termasuk terapi fisioterapi, rawatan pemulihan otot, serta pemantauan prestasi atlet yang berpandukan pendekatan teknologi dan kepakaran semasa. Manfaat daripada kerjasama ini amat signifikan, khususnya dalam mempercepatkan proses pemulihan selepas perlumbaan yang intensif, meningkatkan daya tahan fizikal dan mental pelumba, serta mengurangkan risiko kecederaan jangka panjang. Ia juga menyokong pembangunan prestasi yang lebih konsisten dan mampan, di samping mengukuhkan keseimbangan antara pencapaian kompetitif dan penjagaan kesihatan atlet.

TW Racing Team Development yakin bahawa kerjasama ini bersama LUQ SPORTS bukan sahaja akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan, malah mampu menjadi contoh terbaik dalam meningkatkan standard sokongan kesukanan dalam arena permotoran tanah air.
Teruskan menyokong TW Racing dan teruskan bersama Two Wheels..!