Juara Dunia Joan Mir Akui Honda Ialah Motor Terburuk Tahun Lepas.

Wandi

Joan Mir pernah menang malah menjadi juara dunia dengan jentera Suzuki dan kini beralih keoada Honda pula selepas Suzuki angkat kaki daripada kejohanan MotoGP.

Perjalanannya bersama Honda tidaklah baik sehingga reputasinya tercalar dan merudum. Sering beliau dicemuh dan diejek di media sosial sehingga membuat Mir tidak begitu gemar bersosial di alam maya.

Menurut Mir, sepanjang bersama Honda, versi terburuk yang pernah digunanya ialah model tahun lepas. Sungguh sukar buat Mir untuk memaksimumkan kemampuan diri apabila memacu jentera tersebut kerana ia terlalu mudah untuk kemalangan. Ia menghalang beliau daripada membuktikan kemampuannya untuk bersaing merebut kemenangan dalam setiap perlumbaan.

Namun untuk tahun ini Mir merasakan ada perubahan yang agak ketara dan mula yakin dengan pembangunan Honda. Model baru tahun ini lebih baik namun masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jentera lain terutama Ducati. Pun begitu perubahan positif tersebut adalah signal bahawa Honda bekerja keras dalam membangunkan jentera mereka supaya menjadi kompetetif.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.1k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives