Oliveira Kembali ke Litar Bersama Pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP untuk GP Perancis di Le Mans

Mohd Osman

Pemeriksaan perubatan terkini telah membawa berita gembira buat pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP apabila Miguel Oliveira disahkan cergas sepenuhnya untuk kembali beraksi hujung minggu ini di Grand Prix Perancis, Le Mans. Pelumba dari Portugal itu terpaksa berehat selama tiga perlumbaan selepas mengalami kecederaan ligamen sternoklavikular yang terkeluar pada bahu kiri, akibat kemalangan dalam Perlumbaan Sprint GP Argentina.

Mimpi ngeri akhirnya berakhir. Selepas terlepas tiga pusingan sebelum ini, Miguel Oliveira kini bersedia untuk kembali menunggang jentera Yamaha YZR-M1 milik pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP. Sepanjang ketiadaannya, tempatnya telah digantikan oleh Penunggang Ujian Pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP, Augusto Fernandez, untuk GP Americas, Qatar dan Sepanyol.

Oliveira menjalani pemeriksaan MRI terakhir di Milan pada hujung minggu lalu, yang mengesahkan pemulihan sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya di Termas de Rio Hondo. Di Le Mans, beliau akan menjalani pemeriksaan perubatan wajib pada hari Khamis di pusat perubatan litar sebelum kembali secara rasmi ke garaj bersama jurutera perlumbaannya, Luca Ferraccioli.

Pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Augusto Fernandez atas dedikasi dan kerja cemerlang beliau bersama pasukan sepanjang beberapa minggu lalu.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.6k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives