MUSIM 2025 KEJOHANAN MALAYSIA TOURING CAR CHAMPIONSHIP (MTCC) BERMULA HUJUNG MINGGU INI!

MC

Jumaat, 2 Mei 2025 – Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bakal menggegarkan hujung minggu ini apabila Pusingan 1 Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025 secara rasminya bermula dari 2 hingga 4 Mei 2025. Musim baharu yang penuh dinanti-nantikan ini menampilkan barisan pelumba hebat dari Malaysia, Singapura, Jepun, Australia, Hong Kong dan Macau.

Dulu dikenali sebagai Malaysia Championship Series (MCS), kini MTCC tampil dengan imej baru yang lebih segar dan selari dengan piawaian perlumbaan antarabangsa. Ia adalah sebahagian daripada usaha SIC untuk menaikkan lagi tahap sukan permotoran tempatan – lebih kompetitif, lebih tersusun, dan lebih relevan di peringkat global.

Sebanyak 82 buah kereta akan berada di atas trek sepanjang hujung minggu ini! Selain MTCC, peminat juga boleh menyaksikan kehadiran semula F4 Southeast Asia Championship, perlumbaan Asia Classic Car Challenge/Caterham, serta kemunculan sulung Porsche Sprint Challenge Indonesia sebagai siri sokongan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, “MTCC bukan sekadar pertukaran nama – ia satu transformasi penuh bermakna. Kami perkenalkan kelas baharu yang lebih jelas, peraturan teknikal yang dikemas kini, dan penekanan kepada kereta berteknologi turbo. Dengan 53 penyertaan disahkan untuk Pusingan 1, ini adalah permulaan yang sangat positif.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Hankook selaku Rakan Rasmi Tayar MTCC 2025. Peminat juga pasti teruja dengan kepulangan Jonathan Xie dari pasukan Skuber Race Team, juara keseluruhan musim lalu!

Lima kelas perlumbaan utama akan dipertandingkan musim ini:

  • Malaysia Touring 1 (MT1)
  • Touring Production 1 dan 2 (TP1 & TP2)
  • Malaysia Touring 2 (MT2V & MT2G)

Kelas telah disusun semula untuk lebih adil dan kompetitif, dan hanya kereta yang telah disediakan khas untuk perlumbaan dan berasaskan model pengeluaran akan dibenarkan bertanding. Menariknya, kategori TP2 kini membenarkan kereta berprestasi seperti Toyota 86 dan Subaru BRZ – peluang terbaik untuk bakat baharu menonjolkan diri!

Harga Tiket:

  • Paddock Pass (3 hari): RM100
  • MTCC Hospitality Pass (2 hari): RM318 – pengalaman premium untuk peminat yang inginkan keselesaan dan pemandangan eksklusif!

Jadual Musim 2025 MTCC:

  • Pusingan 2: 25 – 27 Julai
  • Pusingan 3: 8 – 10 Ogos
  • Finale: 5 – 7 September

Ikuti media sosial rasmi SIC untuk maklumat dan kemas kini terkini.

Adakah anda bersedia untuk menyaksikan perlumbaan paling mendebarkan tahun ini?

Teruskan Bersama Four Wheels..!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.1k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives