
Hari ini di Jerez, suasana penuh emosi apabila Fabio Quartararo akhirnya kembali mempamerkan prestasi cemerlang bersama Yamaha, menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Kemenangan podium ini bukan sahaja menggembirakan pasukan Monster Energy Yamaha, tetapi turut menarik perhatian juara dunia, Marc Marquez.
Dalam satu kenyataan, Marquez berkata, “Pertarungan dengan [Fabio] Quartararo membuatkan saya gembira. Sudah tentu, ia tidak berakhir dengan baik untuknya sebelum ini, tetapi Quartararo adalah nama yang diperlukan dalam MotoGP. Dia seorang pelumba yang sangat berbakat dengan karisma yang hebat.”
Kata-kata Marquez itu jelas menunjukkan rasa hormat terhadap kebangkitan semula Quartararo selepas beberapa musim yang mencabar. Walaupun Yamaha sebelum ini bergelut dengan prestasi motosikal mereka, persembahan di Jerez membuktikan mereka masih mampu bersaing di hadapan.
Perlawanan sengit antara Marquez dan Quartararo di atas trek menghidupkan kembali kenangan pertarungan epik mereka yang pernah mewarnai MotoGP. Dengan semangat baru ini, ramai menjangkakan Fabio akan terus menjadi pesaing utama dalam baki musim ini, sekaligus mengembalikan Yamaha ke tempat yang sepatutnya dalam kejohanan dunia.